Jumat, 28 Februari 2014

2 jam berbalas tembak

Ipoh: Sekumpulan penjenayah bersenjata api berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis selepas enggan menyerah diri dan terus bersembunyi di dalam rumah hampir dua jam di Taman Syukur, di sini, malam kelmarin.

Penjenayah dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap dan pengedar dadah yang disyaki menembak mati seorang lelaki berusia 25 tahun dan mencederakan dua yang lain di sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, 29 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, kira-kira 100 penduduk sekitar taman itu terkejut apabila menyaksikan adegan tembakan sebelum empat penjenayah berjaya ditangkap.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) menahan empat penjenayah yang dipercayai menjadikan rumah teres dua tingkat itu sebagai tempat persembunyian.

SEORANG daripada empat penjenayah dibawa polis menaiki kenderaan selepas kejadian tembakan di Taman Syukur, awal pagi semalam.

ANGGOTA polis mengepung rumah di Taman Syukur yang dihuni empat penjenayah.

Menurutnya, beberapa das tembakan dilepaskan polis berikutan seorang suspek yang cuba melarikan diri memiliki pistol automatik dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis.


“Sebaik menyerbu rumah itu, polis berjaya menahan dua suspek di tingkat bawah rumah. Seorang lagi suspek cuba melarikan diri menerusi bumbung, tetapi terjatuh ke lantai rumah jiran.

“Sementara itu, seorang penjenayah yang mempunyai senjata api berjaya ditangkap di kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau percaya suspek berusia 30-an itu terbabit dalam kes melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut dan dua cedera di Kampung Simee sebelum ini.

“Serbuan turut menemui beberapa paket dadah Eramin selain sepucuk pistol automatik model Baret serta kelongsong peluru 9mm. Kes ini dianggap kejayaan berikutan tiada kecederaan dialami suspek dan anggota polis,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan rumah disewa suspek itu dijadikan markas memproses dadah untuk pasaran tempatan.

Sementara itu, wartawan di lokasi kejadian mendapati suspek pertama dibawa keluar dan menaiki kenderaan polis pada jam 12.25 tengah malam semalam, diikuti tiga suspek lain.

Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 40-an, berkata, dia mulanya menyangka ada orang bermain mercun di luar rumah sebelum mendapati ramai anggota polis mengepung kediaman berkenaan.

“Saya tidak mengenali jiran yang mula menyewa rumah itu beberapa bulan lalu. Kejadian ini sungguh memeranjatkan kerana saya tidak menyangka berjiran dengan pembunuh serta penjenayah berbahaya.

“Mujur polis berjaya menangkap mereka tanpa membabitkan pertumpahan darah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Tang, 58, berkata, dia yang mencuci kereta terkejut melihat ramai anggota polis mengepung rumah suspek yang terletak 30 meter dari rumahnya.

“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi tembakan sebelum segera masuk ke dalam rumah kerana ketakutan,” katanya.

Rabu, 26 Februari 2014

Rumah Mewah Top Dunia

Akhir bulan ini, pria terkaya India, Mukesh Ambani bakal menggelar jamuan istimewa bagi para tamu VVIP-nya, termasuk Perdana Menteri India, Manmohan Singh.

Yang menarik, jamuan akan digelar di rumah barunya yang bernama Antillia. Inilah rumah mewah yang menghebohkan. Banyak media di seluruh jagat memberitakan rumah unik dengan 27 lantai yang menjulang di langit kota Mumbai ini.

Gaya hidup para taipan kelas atas yang memiliki harta triliunan rupiah, terutama bagaimana cara mereka membelanjakan duitnya kerap menyedot perhatian media massa. Bukan hanya koleksi kendaraan yang super mewah, melainkan bagaimana rumah mereka juga kerap menjadi menu utama bahan pemberitaan.

Berikut ini rumah-rumah mewah para triliuner papan atas dunia.

Mukesh Ambani
Ruang Info | Rumah Mewah


Mukesh Ambani adalah orang terkaya India dengan nilai kekayaan US$29 miliar pada 2010. Mukesh menempati rumah unik berupa bangunan 27 lantai yang menjulang di langit kota Mumbai, India. Laksana hotel bintang lima, rumah ini dilengkapi fasilitas kesehatan, gimnastik, studio tari, ballroom, sejumlah lounge, bioskop dengan 50 tempat duduk, dan setidaknya ada satu kolam renang. Bangunan setinggi 173 meter memiliki tiga helipad, serta area parkir yang mampu memuat 160 mobil sekaligus. Sembilan lift disiapkan bagi para tamu Antillia.

Lakhsmi Mittal

Ruang Info | Rumah Mewah

Lakshmi Mittal adalah salah satu taipan papan atas dunia versi Forbes dengan total harta US$28,7 miliar pada 2010. Pada 2004, Lakshmi Mittal membayar US$128 juta untuk membeli rumah dengan 12 kamar tidur di kawasan elit Kensington, Inggris yang dikenal dengan jalur miliarder. Rumah Mittal diapit oleh Istana Kensington dan rumah Sultan Brunei, memiliki kolam renang dalam ruangan, pemandian ala Turki serta garasi yang mampu menampung 20 mobil. Rumah super mewah ini dihiasi dengan marmer yang diambil dari lokasi yang sama dengan marmer untuk membangun Taj Mahal.

Bill Gates

Ruang Info | Rumah Mewah
Bill Gates masih menempati posisi teratas taipan terkaya di Amerika Serikat 2010 dengan US$54 miliar. Rumah Bos Microsoft ini menempati lahan seluas 6 ribu meter persegi di sebuah bukit di tepi danau Washington, dekat Seattle. Dari lantai dasar menuju bangunan, pengunjung musti menaiki 84 tangga atau naik lift. Fasilitas mewah dalam rumah mencakup tujuh kamar tidur, 24 kamar mandi, enam dapur, enam perapian, kolam renang dengan sistem musik dalam air, pusat kebugaran, bioskop pribadi seluas 457 meter, serta ruang makan seluas 1000 meter persegi dengan 24 kursi. Gaya rumah kayu berdinding batu klasik ala Pasifik.

Warren Buffett

Ruang Info | Rumah Mewah

Warren Buffett adalah orang terkaya nomor dua di Amerika Serikat setelah Bill Gates dengan total kekayaan US$45 miliar pada 2010. Rumahnya seluas 6 ribu meter persegi dengan lima kamar tidur. Rumah ini dibeli pada 1958 dengan harga sekitar US$31.500. Pada 2007, seorang penyusup bersenjata pistol palsu sempat mencoba masuk ke rumah ini, namun digagalkan oleh petugas keamanan.

:blush: rumah ane yang ke dua, jangan lupa mampir ya gan sengihnampakgigi

Sumber: apabae.co.cc

Selasa, 25 Februari 2014

VIDEO Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol Pada Orang Awam

VIDEO: Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol Pada Orang Awam


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.
Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.
“Saya serahkan kepada polis,” katanya yang dipetik dari Malaysiakini.com.
Beliau menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini.
Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya.
Pengawal peribadi itu kemudiannya ditahan.
VIDEO: Pengawal Peribadi Acu Pistol, Anwar Serah Pada Polis
SEMENTARA ITU Sinar Harian Online difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.
Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.
Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.


Senin, 24 Februari 2014

Tahniah DS Jalani Sidek Bekas Pemain Badminton Negara Akhirnya Berkahwin Juga Dengan Datin Sri Zaleha

Sebelum ini Raja Azmi telah melangsungkan perkahwinan dengan Eddie CRK di Laman Santai Istana Budaya, malam semalam, bekas suami beliau iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek yang telah melangsungkan perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid.
 photo 1470311_457044791080534_232733674_n.jpg
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Majlis mereka berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida dan Norshila Amin, penyanyi popular 80′an.
 photo 1450779_457030417748638_2059566749_n.jpg
Bersamalah kita mendoakan perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat. Kredit gambar Datin Zaleha.
-Sumber

sedakasejahtera

Minggu, 23 Februari 2014

Empat Bakal Jururawat Ponteng Kuliah Dicekup Di Asrama Sedang Berpesta Seks!

Empat Bakal Jururawat Ponteng Kuliah, Dicekup Separuh Bogel Di Asrama Sedang Berpesta Seks!


KUALA LUMPUR – Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.
Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.
“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.
“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.
Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan tinjauan apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan. –myMetro Online
* gambar hiasan

Sabtu, 22 Februari 2014

Raja Azmi gembira tidak terkata

Kuala Lumpur: Selepas tiga bulan mengikat pertunangan akhirnya penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Eddie Ghazali, 45, tepat jam 9.18 malam di Laman Santai, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Hanya sekali lafaz, Mohd Eddie yang juga bekas pemain bass kumpulan rock CRK sah menjadi suami Raja Azmi. Pasangan itu dinikahkan jurunikah Major (B) Ismail Wan Ahmad dengan berwali abang pengantin perempuan Raja Azman Raja Sulaiman.
Pada majlis pernikahan yang kemudian diadakan majlis persandingan itu, Raja Azmi menerima mas kahwin RM300 berserta satu dulang hantaran dan berbalas tiga.

Raja Azmi yang ditemui media selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan itu berjalan lancar seperti apa dirancangnya dan suami.

RAJA Azmi dan Mohd Eddie nikah di IB.

“Saya gembira seperti melahirkan anak pertama dan ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Jumat, 21 Februari 2014

Maklumat diri saya benar Calon Pas

YAN - Calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat berkata, maklumat berkaitan diri beliau yang terdapat dalam risalah adalah benar.

“Perkara itu (risalah kempen) telah pun dijelaskan oleh kepimpinan. Apa yang penting sebenarnya maklumat berkaitan diri saya, pengalaman, kerjaya dan sebagainya adalah benar.

“Insya-ALLAH apa yang penting untuk disampaikan kepada masyarakat di Sungai Limau ini adalah saya anak tempatan dilahirkan dan dibesarkan di Dun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan gambar superimpose yang melibatkan dirinya dalam risalah kempen Pas bagi PRK Sungai Limau.

Mengulas mengenai perkembangan hari keenam kempen di Sungai Limau, beliau berkata penerimaan masyarakat amat baik.
“Saya akan cuba sedaya mungkin untuk turun padang berjumpa dengan pengundi-pengundi di Dun Sungai Limau. Insya-ALLAH setakat ini, pengundi memberi banyak respond yang baik dan kita harap respond positif ini akan berterusan,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Pas mengakui terlepas pandang sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah calon Pas.

Menurut laporan itu, Pengarah Operasi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, semua urusan reka bentuk, pengumpulan maklumat dan pemilihan gambar diserahkan kepada kumpulan pereka yang sudah biasa melakukan kerja percetakan parti pada sebelum ini.

Beliau berkata, Pas memberi kepercayaan kepada mereka dan hanya menyerahkan tinjauan kerja akhir untuk semakan.