Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Februari 2014

Maklumat diri saya benar Calon Pas

YAN - Calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat berkata, maklumat berkaitan diri beliau yang terdapat dalam risalah adalah benar.

“Perkara itu (risalah kempen) telah pun dijelaskan oleh kepimpinan. Apa yang penting sebenarnya maklumat berkaitan diri saya, pengalaman, kerjaya dan sebagainya adalah benar.

“Insya-ALLAH apa yang penting untuk disampaikan kepada masyarakat di Sungai Limau ini adalah saya anak tempatan dilahirkan dan dibesarkan di Dun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan gambar superimpose yang melibatkan dirinya dalam risalah kempen Pas bagi PRK Sungai Limau.

Mengulas mengenai perkembangan hari keenam kempen di Sungai Limau, beliau berkata penerimaan masyarakat amat baik.
“Saya akan cuba sedaya mungkin untuk turun padang berjumpa dengan pengundi-pengundi di Dun Sungai Limau. Insya-ALLAH setakat ini, pengundi memberi banyak respond yang baik dan kita harap respond positif ini akan berterusan,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Pas mengakui terlepas pandang sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah calon Pas.

Menurut laporan itu, Pengarah Operasi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, semua urusan reka bentuk, pengumpulan maklumat dan pemilihan gambar diserahkan kepada kumpulan pereka yang sudah biasa melakukan kerja percetakan parti pada sebelum ini.

Beliau berkata, Pas memberi kepercayaan kepada mereka dan hanya menyerahkan tinjauan kerja akhir untuk semakan.

Kamis, 30 Januari 2014

Muktamar Pemimpin Pas sedia dikritik Tahniah

sinarharian
13 November 2012
logo muktamar
.
SHAH ALAM - Perwakilan Pas bebas membentangkan sebarang usul, walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, pada Muktamar Agungnya, tanpa sekatan.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sejak awal, Pas tidak pernah menyekat mana-mana perwakilan dalam membentangkan usul, malah menganggap ia perlu bagi memantapkan parti itu.

Menurutnya, sungguh pun ada garis panduan yang perlu diikuti namun ia tidak menyekat kebebasan bersuara setiap perwakilan.

“Mereka bebas membawa apa sahaja usul, termasuklah yang berbentuk kritikan terhadap pemimpin. Ia sudah lama diamalkan dan sehingga kini, tidak pernah wujud sebarang masalah.

“Berhubung isu panas atau kontroversi, sudah pasti perwakilan bijak membezakan isu yang wajar dibahaskan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, perwakilan parti itu pastinya tidak teruja untuk membawakan isu-isu yang sengaja dikontroversikan oleh mana-mana pihak.

“Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak isu yang dibangkitkan Barisan Nasional, tetapi saya yakin perwakilan Pas tidak mahu menyentuhnya kerana ia hanya politik kotor parti tersebut.

“Kita tidak layan isu-isu remeh dan akan lebih fokus kepada (yang berkaitan dengan) Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” katanya.