Tampilkan postingan dengan label maklumat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maklumat. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Februari 2014

Maklumat diri saya benar Calon Pas

YAN - Calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat berkata, maklumat berkaitan diri beliau yang terdapat dalam risalah adalah benar.

“Perkara itu (risalah kempen) telah pun dijelaskan oleh kepimpinan. Apa yang penting sebenarnya maklumat berkaitan diri saya, pengalaman, kerjaya dan sebagainya adalah benar.

“Insya-ALLAH apa yang penting untuk disampaikan kepada masyarakat di Sungai Limau ini adalah saya anak tempatan dilahirkan dan dibesarkan di Dun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan gambar superimpose yang melibatkan dirinya dalam risalah kempen Pas bagi PRK Sungai Limau.

Mengulas mengenai perkembangan hari keenam kempen di Sungai Limau, beliau berkata penerimaan masyarakat amat baik.
“Saya akan cuba sedaya mungkin untuk turun padang berjumpa dengan pengundi-pengundi di Dun Sungai Limau. Insya-ALLAH setakat ini, pengundi memberi banyak respond yang baik dan kita harap respond positif ini akan berterusan,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Pas mengakui terlepas pandang sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah calon Pas.

Menurut laporan itu, Pengarah Operasi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, semua urusan reka bentuk, pengumpulan maklumat dan pemilihan gambar diserahkan kepada kumpulan pereka yang sudah biasa melakukan kerja percetakan parti pada sebelum ini.

Beliau berkata, Pas memberi kepercayaan kepada mereka dan hanya menyerahkan tinjauan kerja akhir untuk semakan.

Jumat, 20 Desember 2013

Rahsia Dan Maklumat Sulit Ketenteraan Negara SELAMAT – Panglima ATM


Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata setakat ini tiada kebocoran membabitkan maklumat dan rahsia ketenteraan negara kepada pihak asing.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai pendekatan tertentu untuk mengekang perkara itu selain sentiasa mempertingkat kewaspadaan.

” Setakat ini rahsia ketenteraan negara selamat, ” katanya kepada pemberita selepas menutup program Eksesais Setia Padu ATM bersama agensi keselamatan lain seperti polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam bagi menangani bencana alam di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Gebeng, hari ini.

Beliau ditanya mengenai dakwaan bekas ejen Agensi Perisikan Pusat Amerika Edward Snowden yang mengatakan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan Australia, Britain dan Kanada untuk memintas panggilan dan data beberapa negara Asia termasuk China, Indonesia dan Malaysia.

Mengulas lanjut, Zulkifeli turut memberi jaminan bahawa latihan eksesais ATM bersama angkatan tentera asing tidak akan menyebabkan kebocoran maklumat.

Mengenai program itu, Zulkifeli berkata ATM menerusi Majlis Keselamatan Negara akan meneruskan latihan eksesais tersebut setiap dua tahun bagi memantapkan prosedur menyelamat sebagai persediaan menghadapi bencana alam.

“Program yang pertama kali kita adakan hari ini akan diperbesarkan lagi ke tempat-tempat yang kerap berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh di negara ini,” katanya. – Bernama