Tampilkan postingan dengan label berkahwin. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label berkahwin. Tampilkan semua postingan

Senin, 24 Februari 2014

Tahniah DS Jalani Sidek Bekas Pemain Badminton Negara Akhirnya Berkahwin Juga Dengan Datin Sri Zaleha

Sebelum ini Raja Azmi telah melangsungkan perkahwinan dengan Eddie CRK di Laman Santai Istana Budaya, malam semalam, bekas suami beliau iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek yang telah melangsungkan perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Wan Zaleha Mohd Khalid.
 photo 1470311_457044791080534_232733674_n.jpg
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Majlis mereka berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida dan Norshila Amin, penyanyi popular 80′an.
 photo 1450779_457030417748638_2059566749_n.jpg
Bersamalah kita mendoakan perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat. Kredit gambar Datin Zaleha.
-Sumber

sedakasejahtera

Rabu, 25 Desember 2013

Hazama Belum Bersedia Untuk Berkahwin


Hazama Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Hazama Belum Bersedia Untuk Berkahwin - PETALING JAYA : Penyanyi dan pelakon, Hazami Azmi menjelaskan dirinya masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
Hazam, 28, berkata, tumpuannya kini adalah kepada kerjaya seninya yang sedang meningkat naik selain perlu memikirkan soal lain sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Bukan senang nak kahwin tambahan pula saya belum bersedia dari segi kewangan dan masih banyak yang saya perlu perbaiki tentang diri saya,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah Hazama, perkahwinan adalah satu institusi yang cukup mulia di sisi agama dan dia seboleh-bolehnya mahu mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Dalam pada itu, Hazama berkata, jika diizinkan dia bertemu jodoh, dia berhasrat untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa perlu bertunang kerana mahu mengelak rintangan yang terdapat dalam tempoh itu.
“Rasanya tak payah bertunanglah terus bernikah terus kerana itu yang wajib,” katanya.
Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Hazama berkata, dia kini sedang sibuk dengan proses rakaman album terbarunya yang kini dalam proses akhir.
Hazama berkata, ia bakal menggabungkan muzik rock dan alatan muzik tradisional Melayu seperti untuk memberikan kelainan pada album itu nanti.
“Saya yakin ia akan dapat diterima ramai kerana kelaianan yang ditampilkan dan sekarang saya sedang dalam proses terakhir rakaman album itu, ” katanya. – MStar