Selasa, 11 Februari 2014

Anzalna Dedah Kisah Neelofa Yang Busuk Hati

Kalau minggu lepas, Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH (Siakap Keli akan update esok cerita ini), hari ini menerusi BiPop, Anzalna membuka kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.

anzalna neelofa


Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Menurut Anzalna, pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.

anzalna

Kata Anzalna:-
Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.
Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.
Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.
Siakap Keli ada potong beberapa perenggan kerana ianya lebih kepada isi yang sama. Namun nampaknya pendedahan ekslusif daripada Anzalna ini pasti akan menggegarkan dunia hiburan terutamanya kepada peminat Neelofa. Sama-sama kita nantikan apakah reaksi Neelofa berkaitan isu ini.

Senin, 10 Februari 2014

Latihan Askar Taiwan Adakah Setanding dengan Latihan Tentera Malaysia


 Sebelum itu, aku nak tanya siapa pernah tengok latihan askar-askar malaysia? Bagi aku, askar malaysia lebih terbaik. Aku pernah tengok sebuah video kajian dari luar berkenaan keperitan latihan komando malaysia. Mengikut kajian itu, latihan untuk menjadi komando di Malaysia antara yang terbaik.

Latihan mereka sangat perit, sehingga ramai yang terkandas dan perlu dikejarkan ke hospital. Latihan mereka sejauh ratusan kilometer dan hanya mereka yang betul-betul mempunyai mental dan fizikal yang kuat serta semangat perjuangan yang tinggi sahaja mampu menamatkan latihan itu dan sekali gus menjadi komando.

Ada yang menyiarkan kedalam media berkenaan kekerasan melampau dalam latihan tentera malaysia serta menyalahkan mereka berbuat demikian. Pada pandangan aku sendiri, kerana cara itu lah negara kita sehingga kini masih dalam keadaan selamat dan bebas dari ancaman luar. Musuh akan takut dengan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia yang memiliki sifat perjuangan yang tinggi.

Kekerasan itu sebenarnya sangat perlu bagi menjamin keselamatan dan menjaga rahsia negara. Bayangkan, jika askar malaysia ditawan dan dipaksa untuk mendedahkan rahsia negara, apa yang akan berlaku? tawanan biasanya akan disiksa dengan kejam, jika latihan dalam bentuk kekerasan tidak dilaksanakan, apa yang akan terjadi dengan nasib rakyat dan negara?

Berikut beberapa gambar yang menunjukkan latihan askar di Taiwan.














Minggu, 09 Februari 2014

VIDEO Rahsia Silap Mata Copperfield BELAH Tubuhnya Terbongkar!



Ini adalah silap mata yang paling ngeri dan paling terkenal di seluruh dunia.

Sukar dipercayai David Cooperfield yang sudah terpotong dua di belah oleh mata gergaji besar masih lagi boleh hidup, dan bergerak-gerak.

Ketika itu semua orang mengatakan beliau mengunakan Jin.


Ditambah pula dengan cerita-cerita tentang keanehan David Copperfield semasa berada di Kuala Lumpur, untuk persembahan magiknya.

Ada yang bercerita, bahawa David memesan beratus atau beribu telur ayam untuk dihantar ke bilik hotelnya.

Kononnya untuk memberi makan jin-jinnya.

Mungkin ramai yang menuduh David membela jin kerana magik yang selalu dilakukannya sangat luar biasa dan di luar fikiran kita.

Namun, seorang ‘magician’ yang melihat dan tahu rahsia ini telah membongkarkan rahsia itu kepada orang awam.

INILAH VIDEO RAHSIA DAVID COOPERFIELD YANG DIBONGKAR !
Persembahan itu, akan menggunakan idea yang sama ataupun, mengolah magik itu menjadi persembahan yang mungkin sedikit berbeza tetapi dengan konsep yang sama.

Antara magik yang dilakukan oleh David Copperfield yang dianggap lagenda:-

1) Menghilangkan ‘Statue of Liberty’
2) Berjalan menembusi Tembok Besar Cina
3) Menghilangkan sebuah keretapi
4) Menghilangkan sebuah kapal terbang
5) David Cooperfield boleh Terbang
6) Terapung di atas Grand Canyon
7) Di belah dengan mata gergaji besar

Menurut salah seorang ‘magician’ yang saya kenali, para ‘magician’ yang membuat magik di mana-mana negara, akan membuat ‘research’ dan ‘study’ tentang masyarakat negara itu.

Misalnya di Malaysia, mereka tahu bahawa masyarakat Malaysia seringkali percaya perkara-perkara spiritual, maka mereka akan buat magik yang menunjukkan seolah-olah mereka ini ada membela jin.

Ia tidak lain dan tidak bukan, hanya sekadar nak main-main agar orang takut.

Mungkin juga untuk reputasi.

Itu lah juga yang mungkin telah dilakukan oleh David, di mana beliau memesan beratus telur ayam ke biliknya.

Mungkin beliau tahu bahawa pekerja hotel itu akan bercerita kepada rakan-rakannya dan sudah pasti akan tersebar berita itu.

Kemungkinan itu dilakukan untuk menaikkan lagi namanya.

Kepada anda yang masih menyangka bahawa silap mata ini menggunakan makhluk halus, sila ubah sangkaan anda itu kerana silap mata hanyalah illusi dan hiburan, tak lebih daripada itu.

sumber:

Sabtu, 08 Februari 2014

Fitnah Mahkamah arah blogger bayar ganti rugi

Batu vs Kayu

25 Nov 222012 

KOTA BHARU: Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya.
Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk “Husam: A moral for PAS delegates” diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif.
Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian.
Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com.
Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, “Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik.
“Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti.”
Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS.

Jumat, 07 Februari 2014

Kamis, 06 Februari 2014

Shila Saya Bukan Melarikan Diri Saya Hanya Mencari Ketenangan…

Shila: Saya Bukan Melarikan Diri, Saya Hanya Mencari Ketengangan...


Ekoran laporan media sebelum ini yang mendakwa penyanyi Shila Amzah melarikan diri ke Kemaman, hari ini menerusi laman Twitternya, Shila menafikan perkara tersebut.
Shila menulis, “You have no idea what I’ve went through.. I didn’t ran away.. I just want a peace of mind away from all these people. Why can’t I?tell me”. (Anda semua tidak tahu apa yang saya sedang lalui.. saya bukan melarikan diri.. saya cuma mahu mencari ketenangan dan jauh dari semua orang (buat seketika).
SHILA AMZAH
Sebelum ini, Shila dilaporkan sudah enam hari tidak pulang ke rumah keluarganya.
Melalui laman itu juga, Shila turut dilihat sempat ‘retweet’ kata-kata semangat daripada peminatnya yang digelar ‘Shilalas’.
Semoga Shila beroleh ketenangan yang diperlukan  dan berdoa agar dirinya diberi kekuatan serta semangat yang kuat untuk menghadapi dugaan yang sedang menimpanya kini.
Sementara itu Shila dilihat bersama bapanya di perkarangan sebuah hotel di Pulau Pinang malam tadi (gambar di atas)
Dia dijangka berkongsi pentas bersama bintang K-pop, Psy hari ini dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional.
Oleh: Audrey Lee

Rabu, 05 Februari 2014

Neelofa Anggun Dalam Persalinan Perkahwinan



Jangan salah anggap pula. Gambar-gambar ini ialah dari sebuah sesi fotografi Neelofa untuk sebuah majalah di Singapura. Bolehlah dikatakan kencang juga peluang-peluang kerja untuk Neelofa sejak dia memenangi Dewi Remaja 2010 dan menyertai dunia seni. Tawaran berlakon yang tidak putus, tawaran modeling, menjadi duta produk-produk dan wajah Lofa juga kerap muncul di dada akhbar dan majalah, malah di laman maya.
Photobucket
Bagi kami ini ialah satu sikap terpuji Neelofa. Beliau sangat rajin bekerja dan dalam masa yang sama beliau menjadi pengacara Nona, pengacara Anugerah Skrin 2012 dan juga masih menuntut dan mengambil ijazah berganda di sebuah kolej swasta. Hasil dari kerajinan Neloofa ini, sudah tentu membuahkan pendapatan yang lumayan untuk beliau yang juga mempunyai produk minuman kesihatan sendiri. Orang kata masa muda inilah nak pulun mencari rezeki, kan? Sekurang-kurangnya Neelofa mampu untuk membeli barang-barang mahal dengan wang tinjauan kerja keras sendiri, gitteww. Lagi 4 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambarFacebook We Love Neelofa.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket