Tampilkan postingan dengan label dedah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dedah. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Februari 2014

PSY Dedah Punca Tarian Kuda



SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com semalam.

Menurutnya, tarian itu ditinjauankan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu.

Dia yang berbadan gempa dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang.

"Setiap orang menyukainya (tarian kuda itu) dan mereka merakamkan dan memberikan saya wang," katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah wang yang diberikan kepadanya, Psy berkata: "Jumlah wang itu? Anda mahu saya menyatakan di tempat awam?"

Dia kemudian ketawa selepas memberikan jawapan tersebut.

Populariti Psy melonjak di Amerika Syarikat selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu.

Beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Robbie Williams dan Britney Spears mengagumi tarian tersebut.

Pengacara hos bual bicara popular di AS, Jay Leno turut membuat tarian tersebut semasa dia mengendalikan program terbitan stesen NBC itu.

Lebih 88 juta orang telah menonton klip muzik video Psy itu. - Agensi

Selasa, 11 Februari 2014

Anzalna Dedah Kisah Neelofa Yang Busuk Hati

Kalau minggu lepas, Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH (Siakap Keli akan update esok cerita ini), hari ini menerusi BiPop, Anzalna membuka kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.

anzalna neelofa


Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Menurut Anzalna, pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.

anzalna

Kata Anzalna:-
Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.
Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.
Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.
Siakap Keli ada potong beberapa perenggan kerana ianya lebih kepada isi yang sama. Namun nampaknya pendedahan ekslusif daripada Anzalna ini pasti akan menggegarkan dunia hiburan terutamanya kepada peminat Neelofa. Sama-sama kita nantikan apakah reaksi Neelofa berkaitan isu ini.